Salam semua... tujuan saya mencipta blog ini adalah semata-mata ingin berkongsi pengalaman menjadi Forex Trader secara sepenuh masa bermula awal Februari 2011 yang lepas. Saya telah mengenali forex semenjak 2008 lagi dan pernah 'trading' dalam matawang, tetapi telah kecundang akibat kurang pengetahuan serta agak jahil dalam bidang Forex. Akibat kegagalan tersebut saya membuat keputusan bersara daripada bidang Forex sehinggalah sahabat saya telah memperkenalkan kembali Forex pada awal tahun 2011. Setelah mengikuti 'short trainning' dan mempelajari sedikit sebanyak teknik mencipta keuntungan, saya memberanikan diri untuk sekali lagi terjun menjadi Forex Trader.
Bermula dengan modal permulaan sebanyak USD700 saya mendaftar dengan 'Brooker' AvaFx dan mula bertrading. Pada mulanya saya hanya trade dalam komoditi Emas seperti yang disyorkan oleh sahabat saya dan trade dalam modal kecil iaitu 0.01cent (usd), untuk beberapa ketika saya hanya trade dalam position 'buy' memandangkan pasaran emas bergerak menaik. Dalam beberapa trade yang dilakukan saya mendapat keuntungan beratus-ratus kali ganda. Selain Emas saya juga mencuba trade dalam pasaran silver. Keuntungan besar yang diperolehi daripada pasaran silver menyebabkan saya bertumpu pada silver buat beberapa ketika, sehingga pada satu malam saya pernah memperolehi keuntungan sebanyak USD2500 hanya untuk trading selama beberapa jam sahaja. Pada waktu itu saya membuat trading dalam position sell, mungkin nasib menyebelahi saya pasaran silver jatuh teruk sehingga mencapai kadar kajatuhan sebanyak 3000++ mata (pips). Kejayaan mendapat begitu banyak keuntungan hanya dalam masa yang singkat membuatkan hati begitu teruja. Pernah suatu ketika margin keuntungan saya telah mencapai sehingga usd4000 hanya dalam masa hampir 2 bulan.
Keuntungan demi keuntungan yang diperolehi menyebabkan saya mengalami sindrom "New Order" @ membuat pesanan buy/sell. Selain itu sindrom TAMAK juga telah menyelinap dalam hati saya. Begitulah kata pepatah 'Orang Tamak Selalu Rugi' itulah yang terjadi kepada diri saya. Apabila kedua-dua sindrom tersebut telah menguasai diri maka episod 2008 menjelma kembali. Kerugian demi kerugian dialami, sehinggalah keuntungan yang diperolehi lenyap sekelip mata, malah modal pokok juga ditelan dek kerana penangan Forex.
Betulah seperti diperkatakan Forex merupakan pasaran kewangan yang terbesar didunia hingga mencapai nilai urus niaga berjumlah USD3 Trillion satu hari, namum dalam 100% trader hanya 5 ~ 10% sahaja yang benar-benar berjaya. Pasaran forex juga mampu menjadikan sesorang itu Jutawan sekelip mata dan juga mampu menjadikan seseorang itu papa kedana.
Kerugian teruk yang saya alami menyebabkan saya terfikir apakah aku mampu menjadi dalam golongan 5%?. Walaupun telah mengalami kerugian yang agak besar (berbelas ribu RM la jugak) namum keterujaan terhadap Forex tak pernah padam, contoh seperti seseorang penagih candu... yang nak terus menghisap candu. Itulah yang berlaku kepada saya. Mujurlah saya mempunyai seorang isteri yang amat memahami, beliaulah yang menyokong kuat untuk saya terus menjadi Forex Trader. Namum kegagalan demi kegagalan menyebabkan saya hampir putus asa, saya merasakan seolah-oleh Pasaran Forex 'Hidup' serta seolah olah diset untuk memberikan keuntungan sementara seterus memberikan kerugian bertalu-talu apabila seseorang trader itu telah mengalami kedua-dia sindrom ketagihan yang saya sebutkan diatas.
Namum seperti kata pepatih 'Alang-alang menyeluk pekasam biar sampai kepangkal lengan' 'Alang-alang mandi biar basah'.
Kerugian demi kerugian yang dialami menyebabkan saya semakin matang dalam berTrading. Saya tidak lagi mahu berTrading secara 'Sembrono' Tidak mahu lagi berTrading mengikut perasaan. Saya ingin menjadi Trader yang berjaya. Bagaimana caranya? ILMU itulah satu-satunya perkara yang akan menyelamatkan manusia daripada terus sesat dan tenggelam.
Dalam dunia digital tanpa sempadan berbondong-bondong ilmu boleh diperolehi dialam maya, hanya sedikit usaha akan membuahkan hasil. Sekali lagi dengan sokongan isteri tercinta, saya bangkit sekali lagi. Mencari ilmu yang boleh dimanafaat, ilmu yang mampu menjadikan saya kelompok 5% trader yang berjaya. Tidak hanya belajar kaedah untuk menggunakan berbelas-belas 'indicator' yang terdapat didalam pelantar (platform) MetaTrader4, saya juga mengkaji pola arah tuju pasaran dan yang paling bermanafaat ialah rahsia-rahsia yang tersembunyi disebalik turun naik pasaran (Candlestick Pattern). Disebalik gabungan indicator, corak candle dan 'News' maka terhasil jawapan samada pasaran sedang Bull (naik) atau Bear (turun). Walaubagaimanapun untuk menjadi sorang Trader yang benar-benar berjaya dua lagi elemen penting perlu ada iaitu Kesabaran (patient) dan Keyakinan (Confident). Jika semua ramuan ini diadun dan garap dengan sempurna InsyaAllah is the recipe of success. Kepada saudara seIslam dont forget to pray for Allah before Trade.
Ok saya rasa setakat ini dulu untuk kali ini, untuk artikel yang akan datang InsyaAllah saya akan berkongsi rahsia yang saya temui disebalik candlestik pattern. Kepada rakan trader saya juga mengalu-alukan jika ada sebarang teknik @ kaedah yang korang guna yang dapat menjana keuntungan. Sama-samalah kita berkongsi maklumat.
Kepada bakal-bakal trader yang masih dikategorikan pucuk muda saya syorkan anda bertrading secara selamat didalam Demo Akaun @ jika anda sudah bertrading didalam real account, trade dalam jumlah yang paling kecil. Happy trading
Wasalam.....
No comments:
Post a Comment